Homeschooling
merupakan pendidikan tidak formal iaitu boleh berlaku di luar persekitaran reka bentuk
pembelajaran dalam suasana yang fleksibel dan persekitaran
komuniti yang tidak formal (Ray, 1999).
Ini bermakna apabila seorang anak kecil mendapatkan pendidikan di rumah berbanding
menghadiri sekolah awam, sekolah swasta atau mana-mana jenis sekolah yang
lainnya maka ia dikatakan telah mengikuti pendidikan homeschooling. Dalam konteks pendidikan homeschooling, ibu bapa atau penjaga mengambil alih tanggungjawab dalam mendidik anak-anak. Ibu bapa juga bertanggungjawab untuk membangunkan garis panduan kurikulum sendiri untuk anak-anaknya.(Luffman, 1998 : 38).
Bezanya pendidikan homeschooling berlaku kepada kanak-kanak di usia persekolahan yang dijalankan sepenuhnya di rumah berbanding mengikuti kelas pendidikan formal di sekolah-sekolah awam.
Persoalannya? Bagaimana bentuk pendidikan ini dapat dilaksanakan di Malaysia yang menguatkuasakan Akta Pendidikan Wajib dan Percuma 2003 (Pindaan Akta Pendidikan 1996)?
No comments:
Post a Comment